Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum. Kamilah Khalifah Generasi96. Keep smiling, it's sunnah :)

Tokoh Fizik Islam

Assalamualaikum.
Haihai, mari kita berkenalan dengan tokoh-tokoh fizik Islam.

1.Ibn Haitham (965-1040 M)
Nama sebenar beliau ialah Abu All Muhammad Hasan Ibn Al-Haitham.Beliau dikenali di Barat sebagai Alhazen Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah dan dianggap sebagai Bapa Optik Moden. Beliau menghabiskan banyak masa dengan teori pelbagai fenomena fizikal seperti pelangi, bayang-bayang, gerhana matahari dan ramalan mengenai keadaan fizikal cahaya.Beliau telah menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, perubatan, dan falsafah.

 2. Al-Biruni (973-1048M)
Nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad Ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) di Birun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Ketika hidupnya beliau banyak membincangkan dan menganalisis dengan mendalam akan konsep asas fizik seperti graviti , jirim dan ruang dan gerakan bumi dimana manafaatnya dapat kita kecapi hari ini.


3. Suhrahwadi
Beliau telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Beliau menyatakan alam dan planet adalah tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing dari hukum graviti semesta. Eksperimen untuk menentukan gerakan lurus linear bagi cahaya, sifat bayang-bayang, penggunaan kanta dan mengkaji secara matematik tentang fenomena penting dalam optik. Dalam kitabnya yang boleh diterjemah sebagai ritis fizik

Fizik : Pengenalan kepada Fizik

Assalamualaikum.
Haihai pelajar-pelajar sains sekalian. Ambil Fizik kan? So, bacalah sedikit maklumat tentang Fizik ni.


Fizik ialah satu cabang sains yang mengkaji fenomena-fenomena alam di sekeliling kita. Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria manusia. Contoh fenomena alam ialah panjang bayang-bayang berubah dari pagi hingga petang, pelangi mempunyai tujuh warna, melihat kilat terlebih dahulu sebelum guruh, gerhana matahari dan bulan dan sebagainya. Semua ini dapat diterangkan dengan ilmu fizik.

Fizik merupakan kajian tentang struktur dan sifat benda yang amat besar seperti bintang di cakerawala dan benda yang amat seni seperti elektron dan proton dalam atom dan molekul.
Fizik juga banyak mempengaruhi kehidupan harian kita. Sistem komunikasi yang canggih telah membolehkan kita berhubung antara satu sama lain pada bila-bila masa di mana-mana tempat. Pelbagai jenis tenaga juga membolehkan banyak fenomena dan aktiviti kehidupan harian dilaksanakan.

Perkataan fizik berasalkan daripada perkataan Yunani “Physikos” yang bermakna alam semesta. Segala penerokaan dan pemerhatian tentang fenomena alam semulajadi yang merupakan ciptaan Tuhan adalah termasuk dalam skop kajian fizik. Penyelidikan tentang fenomena fenomena alam telah mendorong manusia mencipta pelbagai bahan dan alat yang baru untuk meningkatkan keselesaan kehidupan manusia. Misalnya ciptaan komputer, telefon bimbit, televisyen telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia.

Kehidupan harian yang berkaitan dengan fenomena fizik adalah seperti seseorang sukar berjalan di atas lantai yang licin, telefon bimbit boleh berfungsi tanpa wayar, pembesar suara boleh mengeluarkan bunyi yang kuat, manusia akan terpelanting ke hadapan apabila basikal yang ditunggangnya terlanggar halangan.

Pada asasnya, fizik merupakan kajian untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ‘mengapa’ dan ‘bagaimana’ tentang fenomena alam dan kejadian kehidupan harian.

Menarik :

Kimia : Pengenalan kepada Kimia

Assalamualaikum.
Perhatian kepada budak-budak kimia, sila baca maklumat di bawah. 
Terima kasih. Haha :)

MAKSUD KIMIA
  • Kajian mengenai komposisi kimia , sifat-sifat jirim , perubahan jirim dan perubahan tenaga yang berlaku seiring dengan perubahan jirim .

ASAL USUL PERKATAAN KIMIA


  • Dipercayai berasal daripada perkataan Mesir 'khemeia' bermaksud hitam .
  • Ada pendapat kata 'khemeia' terbit dari perkataan Yunani 'khumos' bermaksud penyaringan jus .
  • Orang Arab mempelopori ilmu kimia dengan nama 'al-kimiya' dan dikembangkan oleh Inggeris  dengan nama 'alchemy' .
  • 1661 ahli sains Inggeris Robert Boyle telah terbitkan buku 'The Sceptical Chymist' dan sejak itu 'alchemy' bertukar jadi 'chemistry' .
  • Istilah Melayu kimia guna bahasa Arab iaitu 'al-kimiya' .


      Biologi : Pengenalan kepada Biologi

      Assalamualaikum.
      Heihei bakal-bakal doktor sekalian. 
      Doktor pakar, doktor haiwan, doktor mata, doktor cinta dan sebagainya.
      Here, sedikit pengenalan tentang Biologi.


      Perkataan biologi (biology) berasal daripada dua patah perkataan Greek, 'bios' bermaksud kehidupan dan 'logos' bermaksud kajian. Oleh itu, biologi adalah kajian benda-benda hidup, proses kehidupan mereka serta interaksi mereka dengan persekitaran.

      Kajian biologi bermula dengan mempelajari bagaimana sel-sel dari tubuh badan kita dan bagaimana mereka berfungsi secara individu serta bekerjasama, untuk menjadikan kita hidup dan sihat. Seterusnya kita akan memahami bahawa jika sel-sel tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik seperti biasa, kita akan sakit.

      Biologi juga merangkumi sistem penghadaman (digestive), pernafasan (respiratory), peredaran darah (circulatory), perkumuhan (excretory), saraf (nervous), endokrin (endocrine) dan muskuloskeletal (musculoskeletal) yang menyumbang kepada fungsi sel-sel kita dan membolehkan kita menjalani kehidupan yang normal.

      Kita juga akan mengkaji tentang organisma yang berlainan (tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma) dan bagaimana mereka bergantung antara satu sama lain dengan cekap menggunakan sumber-sumber asli yang terdapat di planet kita.

      Juga kita akan mempelajari tentang pembiakan organisma (reproduction of organisms), bagi memastikan bahawa gen-gen akan terus-menerus sampai kepada generasi akan datang agar sesuatu spesis itu tidak pupus.

      Ta'aruf :D

      Assalamualaikum .

      Haa , jawab jangan tak jawab . Memberi itu sunat dan menjawab itu ..... Haih , itu pun nak kena beritahu juga ke ? Okeyh , takpe . Mari berkongsi ilmu . Jadi , menjawab salam itu hukumnya wajib . Wajib , itu bermakna tak jawab dosa . Konklusinya , jawab sahajalah . Mudah , tak perlu keluar duit tak perlu buang tenaga . Cuma ucapkan , Waalaikumussalam .

      Wehee , panjangnya mukadimah . Mana ada , itu baru sikit . Takpelah , sekadar memenuhi ruang entri pertama untuk blog ini . Alhamdulillah , dah lama sebenarnya teringin nak buat satu blog macam ini . Blog yang bertemakan ' Islamic Education ' . Ditujukan kepada semua dan dalam masa yang sama  , khusus buat pelajar macam kita-kita ni . 

      Akhir kalam , diharapkan semua dapat memanfaatkan kewujudan blog ini . Ececeh , haha . Serius ni . Sebarang komen dan cadangan boleh terus disalurkan ke ruang komen di bawah . Cewah , ayat klise . Haha , ni pun serius . Satu lagi , sebarang komen dan cadangan yang menjatuhkan , membuang masa untuk dibaca dan lain-lain sila jangan buang masa anda-anda sekalian untuk menaip .

      Senyum semua ... senyum itu sedekah tau .
      Syukran wasalamualaikum .

      KhalifahGen96