Assalamualaikum.
Haihai pelajar-pelajar sains sekalian. Ambil Fizik kan? So, bacalah sedikit maklumat tentang Fizik ni.
Fizik ialah satu cabang sains yang mengkaji fenomena-fenomena alam di sekeliling kita. Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria manusia. Contoh fenomena alam ialah panjang bayang-bayang berubah dari pagi hingga petang, pelangi mempunyai tujuh warna, melihat kilat terlebih dahulu sebelum guruh, gerhana matahari dan bulan dan sebagainya. Semua ini dapat diterangkan dengan ilmu fizik.

Fizik merupakan kajian tentang struktur dan sifat benda yang amat
besar seperti bintang di cakerawala dan benda yang amat seni seperti
elektron dan proton dalam atom dan molekul.
Fizik juga banyak mempengaruhi kehidupan harian kita. Sistem
komunikasi yang canggih telah membolehkan kita berhubung antara satu
sama lain pada bila-bila masa di mana-mana tempat. Pelbagai jenis tenaga
juga membolehkan banyak fenomena dan aktiviti kehidupan harian
dilaksanakan.
Perkataan fizik berasalkan daripada perkataan Yunani “Physikos” yang
bermakna alam semesta. Segala penerokaan dan pemerhatian tentang
fenomena alam semulajadi yang merupakan ciptaan Tuhan adalah termasuk
dalam skop kajian fizik. Penyelidikan tentang fenomena fenomena alam
telah mendorong manusia mencipta pelbagai bahan dan alat yang baru untuk
meningkatkan keselesaan kehidupan manusia. Misalnya ciptaan komputer,
telefon bimbit, televisyen telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia.
Kehidupan harian yang berkaitan dengan fenomena fizik adalah seperti
seseorang sukar berjalan di atas lantai yang licin, telefon bimbit boleh
berfungsi tanpa wayar, pembesar suara boleh mengeluarkan bunyi yang
kuat, manusia akan terpelanting ke hadapan apabila basikal yang
ditunggangnya terlanggar halangan.
Pada asasnya, fizik merupakan kajian untuk mencari jawapan kepada
persoalan-persoalan ‘mengapa’ dan ‘bagaimana’ tentang fenomena alam dan
kejadian kehidupan harian.
Menarik :
Menarik :
0 GenerasiDakwah:
Post a Comment