Assalamualaikum.
Ahha, siapa tahu sejarah perkahwinan? Mesti ada yang tak tahu. Betul kan?
Okeyh, takpa. Entri kali ini akan berkongsi dengan semua serba sedikit tentang sejarah perkahwinan.
Selamat membaca !
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Sejarah Perkahwinan
Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa.
Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan
oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem
perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat,
telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah
berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang
penolong sepertinya”. Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat
diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibn
Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari
beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud,
“Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan
diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini
dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak
perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari
kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan
boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan..
0 GenerasiDakwah:
Post a Comment