Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum. Kamilah Khalifah Generasi96. Keep smiling, it's sunnah :)

Al Quran: Hukum Tajwid-Qalqalah

Assalamualaikum.
Hari ini, mari kita belajar tajwid. Fokus kita ialah Qalqalah. Kepada sesiapa yang belum tahu, Qalqalah terbahagi kepada tiga, iaitu Qalqalah Sughra, Qalqalah Kubra dan Qalqalah Akbar.

QALQALAH SUGHRA

Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah.

Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah.

Contoh:     



QALQALAH KUBRA


Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini adalah 'aridh yang disebabkan wakaf (berhenti) padanya.

Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.

Contoh:



QALQALAH AKBAR

Lantunan yang paling kuat. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini merupakan sukun yang 'aridh (mendatang) disebabkan wakaf (berhenti) padanya.

Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang bertasydid.

Contoh:



Okeyh, dah faham semua ? Bagus. 
Lepas ni baca AlQuran tu bacalah dengan bacaan Qalqalah yang betul. 
Insya-Allah :D